Thursday 15 November 2012

Semester TIGA :)

assalamualaikum.
salam jumaat semua.
hah lamanya tak tulis blog.
dah berhabuk blog aku ni.
boleh buat aku bersin.
hari ni aku nak tulis pasal perjalanan hidup aku di lendu semasa semester tiga.
syukur alhamdulillah.
tak banyak cabaran dan juga dugaan =)



awal sems.
memang aku banyak nangis.
cengeng la katakan.
entah kenapa cepat betul nak menangis.
kalau dasar anak manja tuh, manja jugak kan?
syukur juga sebab roommate aku masih sama.
abdul dan adib <3
takut juga bila dapat tau ada orang lain yang akan masuk bilik kami.
tapi syukur deh takde sape :D

kononnya nak berazam nak study hard.
tapi ada juga lah yang aku study hard.
tak hard sangatlah.
biasa biasa je.
semester tiga ni aku tak banyak sangat overnight rasanya.
tak sangat.
awal sems dan akhir sems.
tu pun pergi karaoke dan mandi air panas gadek je.
time time study week tu.
time tu jelah yang rasa nak overnight :D

akhir sems tu.
syukur alhamdulillah.
aku dapat juga jadi JPK kolej aku.
yelah, sekarang boleh tak payah nak fikir.
dimana aku nak tinggal sems sems seterusnya kan?
kalau tak susah juga.
yelah, maklumlah aku kan orang seberang sana.

pasal pointer aku.
tak expect lebih pun.
yelah aku tau sems ni akan susah.
susah susah senang juga.
pointer aku sems ni jatuh lagi :(
tapi takpe yang penting dah takde koko.
hah tu yang aku suka sebenarnya.
syukur juga takde yang direpeatkan.
boleh terus dengan kehidupan biasa di sems 4 nanti.


insyaallah.
sems 4 akan buka dengan azam dan wajah yang baru.
harap sems 4 akan lebih menyinar dari segi result.
amin.
k lah sampai sini je entry untuk sems 3.
moga jumpa next sems 4 

Tuesday 8 May 2012

belajar hingga muntah :D

assalamualaikum.
hai.
entry hari ni.
aku nak tujukan khas kepada adik dan kazen kazen aku.
yang baru habis sijil pelajaran malaysia tahun lalu.
amboi.
aku siap buat entry untuk diorang.
takpe.
antara pesanan aku kat diorang.
biarlah, bukan nak menunjuk.
tapi nak berkongsi sahaja kan?
takde niat menunjuk nunjuk pun kan.

aku bagi tunjuk kat kamu eh.
first, mcmana eh?
aku lupa sudah.
okay, dah ingat.
kau fokus je dengan apa yang kena ajar.
boleh masuk tu kot.
second, kau jangan terlampau belajar sangat.
kau kena enjoy juga.
tak semestinya asyik nak belajar je kan?
tapi enjoy tu jangan melebih lebih la.
kalau melebih lebih tu memang melampau.
HAHA.
apa lagi eh?
kalau boleh, tanya tu pensyarah soalan apa yang keluar.
mana tau dia bagi kan?
hahaha.

takpe.
belajar je sampai muntah.
kau masukkan je ilmu tu dalam otak.
insyaalla.
kau boleh.
kalau aku boleh, kau pun boleh tu rasanya.
dah dah.
itu je untuk entry kali ni.
good luck!


Friday 13 April 2012

♥ Tulip's Family ♥


hai.
assalamualaikum.
nampak tak bunga kat atas tuh?
itulah namanya bunga tulip.
cantikkan?
memang cantik.
suka dengan namanya :D
hari ni.
entry aku mengenai keluarga Tulips.
nak tau tak?
dengan keluarga ni lah aku berhibur di Lendu tuh.
selain bersama dengan KKP and KST2208Brothers.
aku cinta sangat sangat kat diorang semua ni.
hah! nak tahu lagi?
keluarga ni dah mcm keluarga betul.
ada papa, mama, daddy and mummy.
kalau ada parents, mesti ada anak anaknya kan?
HAHA :D
ni hah.
dalam keluarga ni.
ada along, angah, alang, anjee, achik, uchuk dan baby ;)
amboii :p
gedik sangatkan?!
HAHA :D
takpe.
yang penting kitaorang semua bahagia kan?

Bukan nak cakap apa.
diorang ni dah mcm adik beradik aku yang betul.
aku nak sangat ada kakak dan abang :D
sebab aku adalah anak sulung.
jadi perasaan sebagai seorang adik tuh takde.
tapi bila ada diorang ni.
selalu manjakan aku!
HAHA :D gedik lagi~

ni hah.
oleh kerana aku bosan kan.
aku buat jugalah video ni.
HAHA :D
memperkenalkan ahli ahli keluarga Tulip :D


dah nampak kan?
comel tak kitaorang?
HAHA :D

sekarang ni yang penting.
kitaorang rasa bahagia sangat.
yelah.
ikatan tuh dah mesra katanya :D
i love them so much!
HAHA :D

Wednesday 28 March 2012

KKP ♥


baru sekejap tadi aku buat entry. tapi takpe, aku nak buat lagi. hmm. kali ni aku nak buat pasal adik beradik aku kat Lendu yang beraneka ragam ;) #KKP


EPOL
kawan aku bila aku gembira dan senang. dia tak pernah takde bila aku nak perlukan dia. walaupun dia ni susah nak mengalah dengan aku. tapi dia juga lah yg selalu tolong aku. kalau aku nak p kelas pagi pagi. siapa yang tolong tumpangkan kalau bukan dia. kalau tengok dia sedih, aku pun turut sedih. kalau tengok dia gembira, aku pun ikut gembira. thanks tau for semuanya. aku akan ingat sampai bila bila. ingat pesan aku. JAGA dan CINTAI si dia sebab si dia juga merupakan antara orang yang terpenting dalam hidup kau. I LOVE YOU SO MUCH!

AZRA
bila duduk dengan dia, sumpah akan gelak. dia pandai buat lawak slumber wey. hmm. dia pun selalu menasihati aku. suka bila dengar dia membebel. suka bila tengok dia pakai baju pink ''EAT ME'' gonna miss him so much! bila dia balik jer setiap minggu, mesti aku rasa kekosongan. kebosanan pun ada juga. takde orang yang nak buat aku gelak. kalau dengan dia. sumpah! aku akan pecah perut wey. Ma, jaga diri dan solat eh ;) kawal sikit cara permakanan tu :p jangan nak ingat makan jer. hmm. lagi satu, semoga berbahagia dengan orang yang tersayang. I LOVE YOU SO MUCH!

ADAM
sems ni, baru kenal adam. kalau first time dulu jumpa adam, ingatkan adam ni seorang sombong. tapi bila dah mengenalinya, ya allah! dia seorang yang penyanyang. sayang dengan adik adiknya. dia dah mcm orang yang dewasa diantara semua. rindu nak tengok dia menari lagu ''RUN THE WORLD'' sumpah gempak! gelak dia pun boleh tahan juga. dam, sorry if zaim ada terkasar bahasa dengan adam. hmm. dan ingat next sems yang kita nak buat transformasi. HAHA :D I LOVE YOU SO MUCH!

KIKY
seorang yang berhati lembut, sopan santun dan berbudi bahasa. dia juga seorang yang baik. rindu nak tengok dia ikat ikat rambut. aku belajar ikat rambut dari dia lah :) tau tak? dia juga antara yang terlaju bila berlari. memang susah lah bila dia yang kejar semasa main ''kejar kejar'' ataupun ''ice fire'' ky, terima kasih sebab ajar zaim mcmana nak masak kari :p nanti zaim nak try la. jangan lupa dengan plan kita next sems yang ky jadi roomate zaim ;) I LOVE YOU SO MUCH!

CIKU
ingatkan dia ni adik aku. rupanya dia ni abang aku. tapi aku dah teranggap yang dia ni adik aku. seorang yang kuat, tabah dan bersemangat. bila ada assignment jer, dia terus buat. dia takkan tangguh punya. cikuu, bila ada masalah. just share with me. i know you're strong. tapi jangan terlampau memendam perasaan seorang. I LOVE YOU SO MUCH!

AMEL
dia ni rajin tolong aku dalam pelajaran. tanya jer dia. mesti dia akan buat yang terbaik untuk aku. amel, zaim nak berterima kasih sangat pada amel sbb selalu tolong zaim dalam pelajaran. kalau boleh, jangan terlampau bersedih kerna cinta sbb zaim tau amel pun seorang yang tabah.I LOVE YOU SO MUCH!

BANI
suka bila dengar dia cakap 'TAKKK!' comel sangat. HAHA! bani, zaim nak minta maaf kalau ada buat yang salah eh. harap bani selalu cakap 'TAKK!' sebab zaim rindu nak dengar :p I LOVE YOU SO MUCH!

BUBUU
mulut dia ni boleh tahan. siapa yang boleh lawan? takde orang. HAHA. bila dia gelak pun best. suka dengar dia gelak jugak. buu, aku mau minta maaf kalau aku ada buat masalah dengan kau. aku harap kau jaga lah hp kau baik baik. jangan sampai kena curi lagi :p I LOVE YOU SO MUCH!

AIZU
banyak bantu aku dalam cara pemakaian. dia mesti tau mcmana nak cantikkan aku. HAHA. mcm harituh, time pertandingan citrawarna. dia juga yang mencantikkan baju aku ;) aizuu, sorry kalau ada buat salah. zaim sayang aizu. thanks sebab teman zaim bila zaim nangis kat tepi tangga tuh :p HAHA!I LOVE YOU SO MUCH!

NAZIRUL 
menjadi kebiasaan aku dengan dia bila time karaoke jer. mesti nyanyi lagu 'Listen' best! dan sekarang dia dah start mula minat dengan KPOP! yeah :D naz, sorry kalau aku ada buat salah dengan kau. teruskan minat kpop eh ;) nanti nak copy running man? ada tak?I LOVE YOU SO MUCH!

SHUIB
orang yang paling senior diantara kitaorang. selalu juga ada bila aku senang dan susah. first nampak dia bila dia baring kat bilik aizu. shuib, thanks sebab jadi kawan zaim dan selalu juga temani zaim bila zaim happy dan sedih.I LOVE YOU SO MUCH!

DIDIE
seorang yang penyanyang. dia sanggup jaga aku semata mata untuk tengok aku bahagia. aku sayang sangat sangat kat dia. didie, zaim nak minta maaf kalau zaim ada buat salah. hmm. zaim suka bila pergi ke kampung didie. bila duduk tepi pantai memang best. thanks juga dengan semua makanan yang pernah didie hidangkan pada zaim. semuanya sedap! I LOVE YOU SO MUCH!

AYAII
comel, periang dan happy. itulah dia. dia juga merupakan 'translator' aku. bila aku tak faham perkataan dalam english. mesti aku tanya dia. dia juga pandai buat spagg. SEDAP! ayaii, thanks tau selama ni ajar zaim dalam semua subjek. next sems, ajar lah lagi :p I LOVE YOU SO MUCH!

IDRUS
ADELE! itulah dia. suruh jer dia nyanyi lagu adele. mesti sedap. suka tengok karenah dia yang kelakar. sumpah rindu. idruss, zaim nak minta maaf kalau ada buat salah. nak dengar idruss nyanyi lagu adele lagi ;) yang idruss jatuh kat almari time kita overnight tuh, sumpah zaim tak boleh lupa sampai bila bila. I LOVE YOU SO MUCH!

AFIQ
teman sepbsm. kalau dia takde. aku pun malas nak p koko. HAHA. nanti kalau aku p sorang sorang, memang krik krik la kan. afiq, sorry tau pasal kejadian siku zaim terkena kat mata afiq. zaim betul betul tak sengaja. ada satu sems lagi kita p koko sama sama ;) I LOVE YOU SO MUCH!

KHALIQ
ciri ciri keislaman memang ada dalam dirinya. maklumlah belajar bahasa arab kan. kelakar juga tengok gelagat dia kadang kadang dan buat aku gelak. khaliq, thamks sebab sudi jadi kawan zaim. nak tengok khaliq nyanyi lagu tema 'Ustazah Pilihan'. rindu lah.I LOVE YOU SO MUCH!

FAIZ
aku dah anggap dia mcm abang aku. mesti peluk aku bila jumpa aku. aku rindu dengan dia sangat. faiz, thanks sebab nak jadi teman zaim. teruskan dengan 'pinky' sebab faiz kelihatan comel.I LOVE YOU SO MUCH!


*zaim sayang korang sangat sangat.koranglah penyeri hidup zaim di Lendu. THANKS!






Tuesday 27 March 2012

Gantung?

assalamualaikum.
hai hai hai!
hmm.
petang petang yang indah ni.
tiba tiba terlintas di fikiran.
nak coretkan pasal entry kat astas nih.
bukan apa.
kalau simpan kat hati.
memang sakit kan!
nasib baik ada blog.
boleh la legakan hati sedikit.


siapa pernah cintanya digantung? siapa pernah cintanya tidak dipedulikan? siapa pernah cintanya tidak dilihat oleh orang yang dicintainya?


sumpah! hal ni memang sakit. kalau kita tak kuatkan semangat. boleh jadi gila oh! semalam, entah kenapa secara tiba tiba aku menangis bila dengar lagu 'Gantung' yang dinyanyikan oleh Melly Goselow. hati aku tersentuh sangat. hmm. air mata aku! berlinangan bagai gunung berapi yang dah meletus tuh. yang malunya, aku menangis di depan adik aku :D nasib baiklah adik aku memahami.

HAHA!

Siapa wey yang tak rindu dengan keadaan sekeliling yang sudah terbiasa dengan hidup kita~ sebab tu kot aku menangis. rindukan kawan kawan yang banyak beri support pada aku. ingat senang ke nak dapat kawan kawan macam diorang tuh? walau cari sampai ke bulan pun, SUSAH nak dapat wey. tak percaya? cuba try cari sampai ke bulan :p

Jap! hmm. sebenarnya entry ni pasal dia. tapi malas sangat nak tonjolkan dia dalam blog ni. nanti orang tahu. HAHA! kalau orang tahu, mampus aku >< takpe takpe. malas nak cakap banyak. aku cuma nak cakap THANKS sebab jaga aku selama ni. dan kau mesti tahu yang aku akan selalu rindu kenangan kita bersama sama eh. harap kau jangan lupa aku sebab aku tak akan pernah pun lupakan kau dan harap kau bahagia dengan semua apa yang kau nak ;) 

hmm. sampai sini jelah coretan aku. next time kalau aku ada masa lagi. nanti aku coret coret lagi eh. bye! assalamualaikum.

*tak tau kenapa aku boleh menangis bila dengar lagu ni*

Melly Goselow-Gantung


Ku harus menemui cintaku
Mencari tahu hubungan kita
Apa masih atau tlah berakhir

Kau menggantungkan hubungan ini
Kau diamkan aku tanpa sebab
Maunya apa? ku harus bagaimana?
Kasih…

sampai kapan kau gantung cerita cintaku
memberi harapan
hingga mungkin ku tak sanggup lagi
dan meninggalkan dirimu

Detik-detik waktu pun terbuang
Teganya kau menggantung cintaku
Bicaralah biar semua pasti
Kau menggantungkan hubungan ini
Kau diamkan aku tanpa sebab
Maunya apa? ku harus bagaimana?
Kasih…

gantungnya hubungan cintaku
membuatku sakit
hingga mungkin ku tak sanggup lagi
dan meninggalkan dirimu.


Saturday 10 March 2012

aku ni terlalu baik sangat ke?

hai.
assalamualaikum.
sekarang baru nak update blog ni.
bosan la.
time bosan ni la baru nak update.
entry aku pasal kali ni.
pelik tak?

aku bukan nak cakap aku angel ke, bidadari ke.
tapi aku hanya jadi diri aku.
aku taknak wey gara gara benda bodoh.
aku hilang semua.
aku tahulah aku ni siapa.
tapi hmmm.
NO KOMEN~

Likely, aku selesa dengan diri aku sekarang.
aku suka dengan diri aku sekarang.
aku riang dengan diri aku sekarang.
tapi kadang kadang kan.
aku ni pun manusia biasa.
bukan ada apa apa kan.

whatever la kan.
aku tetap jadi diri aku.
tak pernah jadi orang lain.
aku sekarang dan selamanya.
apa orang nak kata.
kata lah.
hina lah.
umpat lah.
aku tak kisah.
SELAGI JANGAN MENJATUHKAN MARUAH FAMILY AKU!

itu aku pantang.
nak pijak kepala aku?
silakan.
aku rela.
tak kisah sangat pun.
tau tak sebab aku tak kisah?
sebab bukan orang lain yang beri makan.
Family aku yang bagi aku makan kan.

bukan apa.
entry kali ni.
takde kaitan dengan siapa siapa eh.
yang hidup mahupun yang dah takde.
cuma nak menyuarakan apa yang ada dalam hati aku je.
takde kena mengena eh.

*lapar la pulak :D

sampai sini jelah untuk kali ni.
nak makan la!
lapar.
HAHA :D
chow!
assalamualaikum.